Ramai pengguna telefon pintar tidak mengambil langkah keselamatan untuk peranti mudah alih mereka. Pakar keselamatan siber di Amerika telah mencadangkan supaya para pemilik telefon pintar mengambil langkah bagi keselamatan peranti mudah alih masing-masing. Hal ini termasuklah menggunakan kata laluan untuk sebarang akses ke peranti mudah alih dan memastikan aplikasi dan sistem pengoperasian peranti dikemaskini. Kebanyakan rakyat Amerika tidak mengamalkan amalan selamat ini seperti yang dilaporkan oleh Pew Research Center awal tahun 2017.
Credit : www.clicksoftware.com
Jika dibandingkan dengan tabiat pengguna peranti mudah alih di Malaysia, mereka juga kurang menitik beratkan tentang isu keselamatan peranti mudah alih mereka. Malah ada juga pengguna yang tidak menetapkan penguncian skrin atau ciri keselamatan lain untuk akses ke peranti masing-masing.
Tidak dinafikan bahawa transformasi penggunaan teknologi mudah alih telah memberikan kemudahan untuk membuat sebarang tugas secara terus.
Tetapi tidakkah anda sedar bahawa transformasi penggunaan peranti mudah alih juga mampu mendedahkan para pengguna kepada pelbagai ancaman keselamatan siber. Sebagai contoh, rangkaian perhubungan seperti akses terbuka internet di kafe atau lapangan terbang berpotensi untuk merisikokan data peribadi para pengguna peranti mudah alih. Hal ini kerana kebanyakan pengguna rangkaian tanpa wayar awam (public wi-fi) melakukan aktiviti sensitif seperti membeli belah secara atas talian atau transaksi perbankan secara atas talian.

Sumber : Pew Research Center
Comments
Post a Comment