Ramai pengguna telefon pintar tidak mengambil langkah keselamatan untuk peranti mudah alih mereka. Pakar keselamatan siber di Amerika telah mencadangkan supaya para pemilik telefon pintar mengambil langkah bagi keselamatan peranti mudah alih masing-masing. Hal ini termasuklah menggunakan kata laluan untuk sebarang akses ke peranti mudah alih dan memastikan aplikasi dan sistem pengoperasian peranti dikemaskini. Kebanyakan rakyat Amerika tidak mengamalkan amalan selamat ini seperti yang dilaporkan oleh Pew Research Center awal tahun 2017. Credit : www.clicksoftware.com Jika dibandingkan dengan tabiat pengguna peranti mudah alih di Malaysia, mereka juga kurang menitik beratkan tentang isu keselamatan peranti mudah alih mereka. Malah ada juga pengguna yang tidak menetapkan penguncian skrin atau ciri keselamatan lain untuk akses ke peranti masing-masing. Tidak dinafikan bahawa transformasi penggunaan teknologi mudah alih telah memberikan kemudahan untuk membua...