Skip to main content

Posts

Impak Kemunculan Teknologi Maju

Ramai pengguna telefon pintar tidak mengambil langkah keselamatan untuk peranti mudah alih mereka. Pakar keselamatan siber di Amerika telah mencadangkan supaya para pemilik telefon pintar mengambil langkah bagi keselamatan peranti mudah alih masing-masing. Hal ini termasuklah menggunakan kata laluan untuk sebarang akses ke peranti mudah alih dan memastikan aplikasi dan sistem pengoperasian peranti dikemaskini. Kebanyakan rakyat Amerika tidak mengamalkan amalan selamat ini seperti yang dilaporkan oleh Pew Research Center awal tahun 2017. Credit :  www.clicksoftware.com Jika dibandingkan dengan tabiat pengguna peranti mudah alih di Malaysia, mereka juga kurang menitik beratkan tentang isu keselamatan peranti mudah alih mereka. Malah ada juga pengguna yang tidak menetapkan penguncian skrin atau ciri keselamatan lain untuk akses ke peranti masing-masing. Tidak dinafikan bahawa transformasi penggunaan teknologi mudah alih telah memberikan kemudahan untuk membua...
Recent posts

Kebangkitan Bangsa Korea Selatan

        Siapa tidak tahu tentang K-Pop, Hallyu dan Kwave. Hampir semua rakyat Malaysia akan tahu siapakah mereka. Apabila ditanya tentu orang ramai hanya akan merujuk kepada dunia hiburan sahaja. K-Pop, hallyu dan Kwave adalah sebenarnya merujuk kepada perkembangan industri hiburan dari negara Republik Korea Selatan.  Jika dilihat semula K-Pop merujuk kepada jenis genre muzik yang sedang dipelopori oleh syarikat rakaman di Korea Selatan. Seterusnya gelombang budaya Korea dikenali juga sebagai Hallyu adalah gabungan daripada K-pop, drama TV, filem dan gaya hidup dengan teknologi tinggi Korea dan juga bermakna peningkatan aspirasi  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya Korea di seluruh dunia. Sebenarnya, Republik Korea Selatan bukan hanya telah mencapai kemasyuran mereka melalui industri hiburan sahaja. Malahan, mereka telah berjaya meningkatkan populariti negara mereka dari pelbagai sudut dimensi. Hiburan Credit : GlobeOne...